9.4.11

TIPS PENGURUSAN WANG: MUDAH DAN PINTAR


Mungkinkah kamu terlebih berbelanja daripada kadar kemampuan atau pendapatan: dan kamu tidak menyedarinya kerana ghairah menggunakan kad kredit? Ayuh amalkan saranan berikut:


  • Pastikan kamu menyimpan lima ke-10 peratus gaji kamu sebelum menyelesaikan segala bil. Kaedah tebaik, aturkan potongan automatik setiap bulan pada akauan khusus.
  • Lindungi orang tersayang (suami, isteri, atau anak buat mereka yang telah berumahtangga" ibu bapa, adik-beradik bagi individu bujang). Pastikan kamu membuat wasiat tidak kiralah berapa sedikit harta yg kamu miliki. Kemaskini senarai wasiat penerima caruman KWSP kamu. Jika ditakdirkan sesuatu berlaku, maka setiap titik-peluhmu dapat dimanfaatkan oleh orang yang kamu kehendaki.
  • Jika syarikat tempat kamu bekerja ada menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk turut mencarum.
  • Syok memegang kad kredit? Jngan lalai. Berhutang dengan kad kredit secara berterusan adalah kesilapan yang paling besar. Menggunakan kad kredit memang mudah. Tetapi sedarlah, amat payah untuk kita melunaskan hutangnya dalam masa singkat. Kamu akan terus dibebani hutang yang BESAR, bertahun-tahun laanya! 
Tip drpd majalah hiburan InTrend..Selamat mencuba;)

Tiada ulasan: