9.4.11

5 Perkara Kamu & Dia Perlu Jauhi di "FACEBOOK"

Untuk pengetahuan korang sume, tip ini bukanlah ak reka tetapi ak ambil daripada sebuah majalah hiburan tempatan untuk pengetahuan kita. So,marilah kita ambik sebagai langkah berjaga2..hehe..peace!


1. Kalau Mahu Manje Merenyam..
Facebook bukan tempat yang sesuai untuk PDA walaupun untuk pasangan yang sudah berkahwin. Jangan biarkan orang lain membaca perbualan manja-merenyam anda dan pasangan di Wall masing-masing. Mungkin ia hanya bermula dengan satu status seperti "Hari ini ulang tahun perkahwinan kami". Mungkin ada Friends yang akan mengucapkan tahniah di ruangan komen. Kemudian pasangan anda pun memberikan komen yang romantik, dan akan ada Friends yg akan membalas, "Oh, how sweet!" But how sweet is sweet? Kalau selepas itu berbalas-balas komen sampai masuk ke acara "acara selepas makan malam" yang anda sedang rancangkan, hai tak segankah satu kampung tahu, cik kak?

2. Simpan Saja Rahsia Bulan Madu
Jangan muat naik gambar anda sedang berbulan madu atau beraksi mesra dengan pasangan. Bagi yang baru berumahtangga, anda mungkin rasa tak salah berkongsi dengan dunia akan kebahgiaan yang baru anda kecapi. Anda mungkin mengharapkan komen "Oh how romantic!" daripada lingkaran Friends anda dan berbangga dengannya. Tetapi gambar romantis itu mungkin boleh disalahguna. Niat orang lain kita tidak tahu. Bagi yang belum berumahtangga, jangan sesekali fikir apabila ada gambar romantis itu, orang lain akan faham lalu menjaga batas mereka dengan anda. Ada orang pasangannya tampil sederhana sahaja. Tetapi apabila melihat pasangan orang lain lebih segak daripada Jude Law, mulalah tumbuh bimbit cemburu. Akal yang sihat menjadi celaru, lalu hubungan menjadi huru-hara.

3. Kemaskini Status Dengan Otak, Bukan Dengan Hati
Buatlah pertimbangan bijak apabila mengemaskini status. Masam muka gara-gara kekasih/suami tidak belikan tas kepit Anya Hindmarch terbaru pun hendak kongsi satu dunia. Orang lain pun mula membuat taakulan sama ada pasangan bermasalah kewangan ataupun kita yang memang materialistik. Ibu mentua baru baru tegur masak lemak cili api yang kita buat cair sikit, sudah merungut panjang. Tak pasal-pasal satu dunia mengandaikan pula sama ada ibu anda yg garang macam Nyonya Mansor ataupun anda yang tidak pernah ke dapur. Hendak dating pukul berapa dan dimana pun tak perlulah beritahu Facebook. Manalah tahu, segala Mak Lang dan Mak Ngah yang turut sama menjadi Friends ada terbaca dan tak pasal-pasal membuat rondaan Rukun Tangga.

4. Hormati Sempadan Peribadi Orang Lain
Jangan sesekali muat naik dan kemudian tag gambar pasangan anda sedang memakai pakaian yang lucu atau membuat aksi yang pelik tanpa pengetahuan mereka. Mungkin anda beranggapan gambar pasangan anda memakai kostum Batman dipadankan dengan kain pelikat Cap Gajah Duduk adalah kelakar dan rugi jika tidak diuar-uarkan ke segenap pelusuk dunia. Ada aksi-aksi yang lucu pasangan (dan ahli keluarga ) yang bertujuan hanya untuk personal amusement. Berhibur dan mengembirakan diri sendiri besama-sama orang-orang tersayang tidak salah. Tetapi cukuplah sekadar ia menjadi kenangan peribadi. Mana tahu suatu hari nanti, ada pulan yang memuatnaik gambar kandid anda sedang melantak nasi beriani satu dulang sedangkan anda baru sahaja menulis status - Ingin Ramping Seperti Posh Spice.

5. Jangan Sampai Cinta Lapuk dan Basi
Unfriend your spouse/ partner on Facebook. Ini panduan yang disarankan ramai pakar perhubungan. Apakah yang menjadikan sesuatu hubungan itu marak bernyala? Jawapannya - misteri dan enigma yang melingkar lalu membina segala passion dan thrill. Lupakah zaman sebelum teknologi moden menjadi kiblat hidup, hanya surat long hand dan panggilan telefon sekejap-sekejap mengikat kasih? Menanti khabar berita drpd kekasih hati dan tertanya2 apakah yang sdang dan akan dilakukannya memang meresahkan. Tetapi apabila bertemu, segala resah itu terbayar dengan kemanisan tak terucap. Itulah yg dimaksudkan dengan keindahan merindu. Namun, di Facebook, habis segala gerak-geri diberitahu, segala madah diucapkan di Wall, segala gambar ditunjukkan. Apa yang hendak ditunjukkan lagi???

Tiada ulasan: