10.3.11

APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA: PENGUASAAN GURU DAN CABARAN DALAM PELAKSANAAN


Seorang guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru bahasa melayu. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitukcomputer bahasa dan pembelajaran. Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar.
            Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada diperlukan oleh guru BM. Namun, penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya, penggunaan komputer dalam kemahiran menulis sepatutnya diberikan perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyususn organisasi teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan.
            Kursus komputer perlu dihadiri oleh guru BM. Untuk menjamin keberkesanan penggunaan dalam pengajaran, kursus yang dihadiri perlu dikaitkan dengan pembinaan bahan pengajaran. Perisian yang sesuai boleh digunakan untuk tujuan tersebut.
            Cabaran yang dihadapi oleh guru BM dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputer meliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yang sering berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya boleh memberikan kesan terhadap pengajaran. Dalam hal ini, perancangan dan persediaan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan guru-guru benar-benar menguasai kemahiran tersebut perlu dilakukan secara professional.
            Masalah pengguaan computer perlu dihadapi dengan memberikan penekanan kepada penggunaan ICT dalam pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelejaran. Sukatan pelajaran BM perlu dirujuk untuk melihat keperluan menggunakan komputer dalam pengajaran. Selain itu, penekanan pengajaran secara integrasi dalam mata pelajaran yan lain juga mampu untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu tajuk.
            Kesimpulannya, BM sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingan dalam pengajaran. Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran BM berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai BM dengan lebih baik. Oleh itu, latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran semasa perlu diberikan perhatian.

19 ulasan:

~Ana~ berkata...

Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yang
dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan komputer dalam
pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran pendidik dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Antara saranan untuk melaksanakan pengajaran bahasa menggunakan komputer dan meningkatkan tahap penguasaan guru serta mengurangkan kekangan yang dihadapi adalah:

1) Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru.

2) Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar.

3) Kursus komputer perlu dihadiri oleh kebanyakan guru BM. Untuk menjamin keberkesanan penggunaan dalam pengajaran, kursus yang dihadiri perlu dikaitkan dengan pembinaan bahan pembelajaran. Perisian yang sesuai boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Penggunaan komputer dalam pengajaran terutama yang melibatkan kursus dalam talian mampu menarik perhatian pelajar.

4) Faktor kebolehan guru dalam pengendalian komputer, penyediaan bahan pengajaran dan strategi yang sesuai digunakan merupakan kekangan yang sering dihadapi. Dalam hal ini, perancangan dan persediaan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran tersebut perlu dilakukan secara profesional.

5) Masalah dalam penggunaan komputer perlu dihadapi dengan memberikan penekanan kepada penggunaan ICT dalam pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran. Sukatan pelajaran BM perlu dirujuk untuk melihat keperluan menggunakan komputer dalam pengajaran. Selain itu, penekanan pengajaran secara integrasi dalam mata pelajaran yang lain juga mampu untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu tajuk.

NORSYAZANA BINTI ZULKIFLI
A125102
TAHUN 3 (SEM 2 2010/2011)
FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
SELASA, 8-10 PM, MAKMAL 3 F.PENDIDIKAN UKM
Isu TeknOvasi Dalam P&P

helang timur berkata...

Komunikasi secara global hari ini menjadikan pentingnya pengajaran bahasa berbantukan komputer.Cabaran kritikal yang perlu kita hadapi kini adalah untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu (BM) dalam ICT. Antara halangan dan cabaran tersebut adalah seperti berikut;

1)Bahasa Inggeris (BI) mendominasi bahasa utama dunia walaupun di alam maya. Berita, laman web, bahan ilmiah dan kebanyakan bahan berunsurkan pendidikan adalah berunsurkan BI.Ini menyebabkan pendidikan BM menggunakan komputer menjadi terhad kerana kekurangan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran.
2)Kewujudan BM dalam konteks K-ekonomi msih belum cukup kukuh untuk bersaing dengan bahasa lain seperti BI, Mandarin dan Jepun. Ini juga menghadkan penggunaan BM dalam ICT.
3)Persepsi negatif terhadap BM dalam kalangan masyarakat. Masyarakat hari ini lebih memartabatkan bahasa asing dan memandang tinggi pada individu yang pandai bertutur bahasa asing terutamanya BI.
4)Perkembangan teknologi menyebabkan banyak istilah BI diperkenal dan dimelayukan.Ini membuatkan BM tidak lagi kaya dan bermutu.
5)Perubahan sistem pendidikan hari ini lebih banyak mementingkan penggunaan BI.Contohnya penukaran bahasa pengantar bagi subjek Sains dan Matematik di peringkat sekolah rendah dan menengah.

SITI KHADIJAH OMAR
A125169
TAHUN 3 SEM 2 SESI 2010/2011
FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
MAKMAL 3 SELASA 8 PM

fyza berkata...

Pada pendapat saya, pusat kegiatan guru harus diperbanyakkan bertujuan dalam melahirkan guru yang memenuhi keperluan profesional.

Dengan adanya pusat kegiatan, maka pertamanya dapat membantu dan meningkatkan kemahiran guru terhadap teknologi pendidikan.

Keduanya, pusat tersebut juga boleh berfungsi sebagai tempat pengumpulan dan penyebaran maklumat pendidikan terkin.

Kemudian, pusat tersebut juga boleh dijadikan tempat penghasilan bahan-bahan pengajaran melalui pembudayaan kreatif dan inovasi.

Keempat, dengan adanya pusat kegiatan guru juga dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan pusat sumber.

Seterusnya, kepentingan pusat kegiatan juga adalah menggalakan perkongsian idea dalam kalangan para guru selain dapat memupuk permuafakatan antara mereka.

NOORHAFIZA HASNI AB MANAF
A 127607
TAHUN 2 SEM 2 2010/2011
FSSK
MAKMAL 3 SELASA

S u E z A n A h A n N a berkata...

ADAKAH ANDA BERSETUJU BAHAWA PERKEMBANGAN TEKNOLOGI SEIRING DENGAN PENINGKATAN KEGIATAN SEKSUAL?

Isu pembuangan bayi kini tidak boleh dipandang remeh lagi. Kebanyakan remaja kini menjadikan kes pembuangan bayi ini satu trend baru dalam gaya hidup mereka. Bagi mereka, cara pembuangan bayi ini merupakan jalan terakhir bagi mereka untuk menyelesaikan masalah sekiranya mengandung luar nikah. Hal ini secara tidak langsung menjadi isu penting yang boleh merendahkan martabat negara kita yang sebelum ini dipandang tinggi oleh negara lain.
Perkembangan teknologi masa kini menjadi salah satu punca masalah sosial seperti kes pembuangan bayi ini kian berleluasa. Seperti yang kita sedia maklum, teknologi yang dicipta bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada masyarakat. Namun, ada pihak yang telah menyalahgunakan kemudahan tersebut untuk tujuan yang tidak berfaedah. Terdapat sesetengah masyarakat menggunakan teknologi untuk tujuan seks. Laman sosial seperti Facebook, Tagged dan Twitter telah digunakan untuk memaparkan gambar-gambar yang menjolok mata dan aksi yang mengghairahkan. Selain itu, terdapat juga pengguna yang menawarkan perkhidmatan seks melalui laman sosial.
Peralatan berteknologi seperti telefon bimbit dan “webcam” turut disalahgunakan. Terdapat segelintir individu yang melakukan hubungan seks melalui peralatan tersebut. Istilah “Phone Sex” digunakan untuk hubungan seks melalui telefon bimbit. “Webcam” juga digunakan untuk tujuan yang sama melalui alam maya. Pilihan tersebut dibuat kerana ia merupakan salah satu cara individu untuk mendapatkan kepuasan tanpa perlu bersemuka dengan pasangan seks.
Kajian yang dilakukan oleh Farahwahida Mohd. Yusof dan Norazila binti Sugiman (UTM) menunjukkan bahawa faktor media massa menjadi punca utama kepada amalan seks bebas. 357 orang responden daripada 425 orang respnden yang terlibat dalam kajian tersebut mengatakan bahawa video dan gambar-gambar lucah banyak terdapat di pasaran dan mudah dilayari di internet. Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa kecanggihan teknologi telah menjadi pendorong kepada perlakuan seks bebas dalam kalangan masyarakat hari ini. Lambakan bahan-bahan pornografi di internet adalah hasil daripada perkembangan teknologi. Oleh yang demikian, penyalahgunaan teknologi menyumbang kepada gejala seksual, sekaligus meningkatkan bilangan kes pembuangan bayi.

NORSUHAIDA BINTI RASHID
A128064
PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
SEMESTER 2, SESI 2010/2011

massstr. berkata...

Salam Huda,
Satu isu yang baik untuk dikupas. Sememangnya subjek BM perlu dipermantapkan dengan mengaplikasikan teknologi dalam kurikulumnya.

Kebanyakan pelajar tidak minat subjek BM sebab :

1) rasa tak perlu study sebab dah hebat. bukankah hari-hari dia bercakap BM di rumah?
2) dalam seminggu subjek BM paling banyak masa. mungkin pelajar rasakan masa tu terlebih cukup untuk belajar sesuatu yang sudah mereka tahu
3) Kebanyakan silibusnya di ulang-ulang dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Contoh penggunaan perkataan dari,daripada dll. jadi, belajar yang sudah tahu, mudah bosan.

Penggunaan teknologi dalam subjek BM diharap dapat mengubah persepsi dan menarik minat pelajar untuk menguasai bahasa ibunda ini.

Bahasa jiwa bangsa..Kalau bukan kita yang menyanjungi BM, siapa lagi?

MASTURA BINTI NASRUN SANI
A127641
FSSK/2
Semester 2, 2010/2011

cik aNa... berkata...

salam..bagi saya dengan mengaplikasikan dalam pengajaran merupakan salah satu cara bagaimana untuk meningkatkan penguasaan teknologi tetapi mungkin akan wujud masalah seperti:

1) Terlalu bergantung kepada teknologi.
2) Bagi guru-guru yang lama yang kurang pendedahan komputer susah untuk mengalikasikannya kerana mereka selesa dengan pendekatan belajar bedasarkan buku.
3) Pelajar mungkin hilang tumpuan mudah untuk melakukan perkara sebaliknya iaitu tidak fokus pada topik yang ingin dibincangkan.
4) Peranan guru terhadap pelajar menjadi kurang kerana pelajar bergantung dengan teknologi sehingga mengabaikan kemampuan guru.

ROZANA MOHAMED RAZALI A128055
PEMBANGUNAN MANUSIA TAHUN 2
SEM 2 2010/1011

Fatin berkata...

salam huda,
saya amat bersetuju dengan maklumat yang anda berikan. Bagi saya, penguasaan guru dalam pengajaran adalah terbaik bagi melahirkan guru yang cemerlang dan terbilang.

FATIN FARHANA BINTI ZAKARIA
A127817
FSSK/2
TUTORIAL : ISNIN 8-10MALAM, MAKMAL 3, DEWAN BUDIMAN

Zaini Abdul Aziz (A128256) berkata...

Penggunaan alatan berteknologi canggih seperti komputer amat penting bagi setiap sekolah. Hal ini demikian kerana, komputer merupakan alatan yang sesuai dengan peredaran zaman pada masa kini. Seterusnya, komputer juga akan mempermudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Namun begitu, setiap guru mestilah mahir dalam mengendalikan penggunaan komputer tersebut agar maklumat dapat disampaikan kepada pelajar mudah difahami dan bekesan.

ZAINI BINTI ABDUL AZIZ
A128256
PEMBANGUNAN MANUSIA (FSSK)
TAHUN 2, SEM 2 (2010/2011)

HidayaH berkata...

Pengajian bahasa (lingustik) terutamanya B.Melayu kurang mendapat sambutan setelah penekanan diberikan kepada subjek pengajian teknikal, sains dan matematik. Kesannya B.Melayu semakin ketinggalan.

Namun, B.Inggeris pula mendapat kedudukan yang selesa. Sebagai bahasa pengantara dunia, teknologi informasi & maklumat banyak menggunakan B.Inggeris dalam penyampaiannya.

Maka ini adalah cabaran bagi teknologi untuk meningkatkan kembali kuasa B.Melayu. Oleh itu, idea penggunaan komputer dalam pengajian bahasa boleh diaplikasikan.

Antara aplikasi komputer:
1)Tingkatkan visual dan sistem bunyi dalam pembelajaran fonologi. Contoh:Slanga.
2)Tubuhan E-Learning berasaskan komputer dalam kumpulan pembelajaran.
3)Upgrade persembahan (slide) agar pelajar tidak bosan dan mengantuk.

NURUL HIDAYAH ABDUL RAHMAN
A130252
FSSK
TAHUN 2/SEM 2 (2010/2011)
Tutorial: 8-10pm

budakbaik berkata...

Tidak dapat dinafikan bahawa guru perlu menguasai aplikasi komputer dalam pengajaran mereka. Namun, usaha ini dilihat memberi kesukaran juga kepada golongan tenaga pengajar. Antara kelemahannya adalah terlalu bergantung kepada teknologi. Guru-guru yang lama khususnya yang kurang pendedahan komputer dan sukar untuk mengalikasikannya kerana mereka selesa dengan pendekatan belajar bedasarkan buku. Bagi pelajar pula,mereka mungkin hilang tumpuan mudah untuk melakukan perkara sebaliknya iaitu tidak fokus pada topik yang ingin dibincangkan.Selain itu,peranan guru terhadap pelajar menjadi kurang kerana pelajar bergantung dengan teknologi sehingga mengabaikan kemampuan guru. Sekian,terima kasih.

MOHD IZZAT AZREN BIN MOHD AZMAN (A131055)
PROGRAM PEMBANGUNAN MANUSIA
TAHUN2 SEMESTER 2 SESI 2010/2011
FSSK

yayafaf berkata...

Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yang
dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan komputer dalam
pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan
kemahiran bahasa pelajar. Persoalannya ialah sejauh manakah guru Bahasa Melayu (BM)
melaksanakan pengajaran menggunakan komputer dan tahap penguasaan guru serta kekangan
yang dihadapi. Maka kajian secara tinjauan ini meneliti tahap dan kekangan dalam
melaksanakan pengajaran bahasa menggunakan komputer. Di samping itu, kajian juga mengkaji
kekangan yang mengganggu pelaksanaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
Sampel kajian terdiri daripada 87 guru BM di sekitar daerah Hulu Langat, Selangor. Dapatan
kajian menunjukkan sampel kajian menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer
dan kebanyakan mereka telah mengikuti kursus asas komputer. Kursus yang berkaitan
penyediaan bahan pengajaran multimedia, penggunaan internet dan pembinaan laman web agak
kurang diberikan perhatian. Kesan pengajaran BM menggunakan komputer kepada pelajar agak
positif terutamanya kepada pelajar yang cerdas. Kekangan utama yang dihadapi oleh guru
dalam menjalankan pengajaran BM berbantukan komputer ialah guru kurang mahir
mengendalikan komputer untuk pengajaran dan pelajar kurang berminat dalam pembelajaran.

NUR RADIA BINTI HARUN
A128048
FSSK/2
PEMBANGUNAN MANUSIA

ira berkata...

Apabila memperkatakan tentang internet, pasti ada pro dan kontra. Bagi saya kecanggihan teknologi ini memang memberikan banyak manfaat terutamanya golongan pelajar.Kemudahan internet memberi satu dimensi baru kepada para pelajar dalam proses mencapai maklumat dengan pantas tanpa mengira lokasi dan masa.Begitu juga dalam sektor perkhidmatan, perniagaan mahupun dalam bidang perubatan. Dalam zaman yang memerlukan kepantasan ini amat wajarlah kemudahan internet sebagai wahana untuk melunaskan segala tugasan. Justeru, keburukan internet ini bergantung kepada penggunaan setiap individu. Jika pengguna hanya menjadikan kemudahan ini untuk "menganiayai" diri sendiri, itulah yang diperolehi.

NUR SYAIRAH MOHAMAD
A128536
FSSK/2

Mariam Aisyah berkata...

Assalamualaikum,

Memang tidak dinafikan terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi guru untuk menggunakan aplikasi komputer didalam pengajaran bahasa. Seperti yang saudari ulaskan, penguasaan oleh guru amatlah penting dimana mereka yang akan memberi tunjuk ajar kepada pelajar. Untuk menangani masalah ini, guru perlulah diberi latihan dan kursus oleh pihak atasan supaya dapat menambah pengalaman dan kemahiran guru dalam menguasai aplikasi komputer.

NURMARIAM AISYAH BINTI HASHIM
A130905
PENGAJIAN BAHASA INGGERIS, FSSK
TAHUN 2 SEM 2, SESI 2010/2011
Tutorial Selasa, 8.00-10.00 malam, Makmal 3 Fakulti Pendidikan

~indah permai~ berkata...

Assalamualaikum Huda,

Sememangnya, saya sangat bersetuju dengan isu yang anda uatarakan ini. Memnag tidak dapat dinafikan bahawa guru-guru pada zaman ini menghadapai cabaran yang sangat besar seiring dengan perkembangan teknologi yang pesat ini. Terutama guru-guru BM yang kebanyakannya merupakan golongan-golongan senior.
Kini, bahasa Inggeris lebih diutamakan dalam pengajaran terutama yang melibatkan teknologi maklumat. Maka, guru-guru harus mencari inisiatif untuk memantapkan diri dengan menguasai kedua-dua bahasa seiring dengan perkembangan teknologi ini. sekian.

Roziana Binti Ab Rasit
A123927
FST/3 Sem 2 sesi 2010/2011
Tutorial:Selasa,8 p.m

namr berkata...

Penggunaan komputer untuk bahasa tidak terhad kepada BM sahaja, malahan boleh digunakan untuk semua bahasa. Lebih-lebih lagi telah terdapat banyak program-program komputer yang digunakan untuk tujuan terjemahan seperti Babylon. Disebabkan software seperti ini berkembang selari dengan arus teknologi, para pendidik perlu sentiasa alert dengan perubahan yang sering berlaku. Guru perlu memahami dengan sangat mendalam mengenai teknologi komputer dalam pengajaran bahasa supaya pembelajaran yang berkesan boleh berlaku.

NUR AKMAL BINTI MOHAMED ROZALI
A126692
FST/2 PROGRAM GENETIK (PPBsBt)

DIEBA berkata...

salam huda..

Pada pendapat saya,guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru.Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru BM.

Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran. Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada dilakukan oleh guru BM.Namun, penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya, penggunaan komputer dalam kemahiran menulis sepatutnya diberikan perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyusun organisasi teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan.

Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan.

NOOR ADIBA BTE ABDUL RASHID
A127162
PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
TAHUN 2, SEM 2, SESI 2010/2011
MAKMAL 3, SELASA, 8-10PM

Md Anuar berkata...

Sudah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik anak-anak muridnya. Sebelum mendidik, terlebih dahulu guru itu sendiri perlu menguasai apa yang ingin diajarnya. Pada pendapat saya, pengajaran bahasa tidak perlu menggunakan komputer. Guru perlu mengajar menggunakan cara tradisional iaitu dengan memberi tunjuk ajar dan latihan di dalam kelas bagi memahirkan pelajar dalam pelajaran bahasa Malaysia. Apa yang penting adalah pemahaman pelajar, bukannya alatan yang digunakan untuk mengajar. Jika seorang guru itu benar-benar mahir tentang sesuatu ilmu, pasti mudah untuk menyampaikan ilmu tersebut kepada anak-anak muridnya. Penggunaan komputer hanya akan melalaikan pelajar dan mendidik mereka supaya terlalu bergantung kepada teknologi untuk melakukan sesuatu kerja.

MUHAMMAD ANUAR BIN MAULOD (A130797)
PROGRAM KOMUNIKASI DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
TAHUN 2 SEMESTER 2 SESI 2010/2011
TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 Fakulti Pendidikan

green kiwi berkata...

Assalamualaikum Huda,
Guru adalah medium dalam menyampaikan maklumat. Penyampaiannya berkesan ataupun tidak bergantung pada persediaan, latihan yang diterima, sikap dan amalan mereka terhadap pengajaran itu sendiri. Guru harus sedar, mahu tidak mahu kita akan menghadapi generasi mendatang. Generasi yang hidup dalam dunia teknologi komputer dan telekomunikasi, yang kian pesat membangun menjelang abad ke-21.Oleh itu,guru perlu bersedia dengan ilmu teknologi mereka bagi mendidik anak bangsa.

CITY ZULAIHA BINTI MOHAMAD ZAID
A130775
TAHUN 2 SEM 2(2010/2011)
PEMBANGUNAN MANUSIA (FSSK)
SELASA 8-10 MLM

sakinah mawaddah berkata...

Assalamualaikum Huda,

Saya sangat bersetuju dengan pengaplikasian komputer dalam pengajaran bahasa. Hal ini demikian kerana ia merupakan antara langkah yang bijak dalam memahirkan pengaplikasian teknologi dalam kehidupan kini. Senada dengan matlamat negara dalam melahirkan masyarakat yang intelek dalam semua aspek juga dalam bidang teknologi kini.


SAKINAH BINTI RAMLI
A130757
TAHUN 2(SEM 2 2010/2011)
PSIKOLOGI,FSSK
SELASA 8-10 MALAM
MAKMAL 3

Terdapat ralat dalam alat ini